POKOK PATAWALI HASILKAN MILAGRO COFFEE PATAWALI
POKOK PATAWALI HASILKAN MILAGRO COFFEE PATAWALI . Famous betul,lah PATAWALI ni. Sana sini orang cerita pasal patawali. Baru-baru ini, kisah patawali ini ada masuk dalam Siakap Keli, Pen Merah dan beberapa surat khabar. PATAWALI dari Pokok Patawali atau dikenali juga dengan nama Akar Seruntun, Akar Patawali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa dari famili Menispermaceae. Pokok PATAWALI merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu dan berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya banyak didapati tumbuh menjalar di pagar-pagar dan kawasan rumah terbiar di kampung-kampung atau tumbuh liar di pinggir hutan.
POKOK PATAWALI / AKAR SERUNTUM / AKAR BATAWALI
Pokok patawali tumbuh subur ditempat bersuhu panas, perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter. Daun tunggal, bertangkai, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm, lebar 5-10 cm, bunga kecil, berwarna hijau muda. Mudah dibiakkan menggunakan keratan batang.
Pokok patawali boleh dikategorikan sebagai pokok herba kerana ianya banyak digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini terasa sangat pahit dan dijadikan sebagai ubat reumatik yang dikatakan mampu mengurangi gula dalam darah, menurunkan suhu panas badan dan membantu mengurangi gejala kencing manis.
Masyarakat Melayu dahulu juga percaya dengan pengambilan air rebusan patawali dapat menghindar dari gigitan nyamuk. Rasanya yang pahit ini juga apabila disapu pada payudara ibu, akan memudahkan bayi bercerai susu.
Di Indonesia, pokok patawali dikenali dengan nama seperti bratawali juga dengan nama daerah andawali, antawali, putrawali atau daun gadel. Tanaman ini kaya dengan kandungan kimia antara lain alkaloid (berberina dan kolumbina yang terkandung di akar dan batang, damar lunak, pati, glikosida pikroretosid, zat pahit pikroretin, hars, berberin, palmatin, kolumbin (akar), kokulin (pikrotoksin).
Di Indo-Cina keseluruhan bahagian dari pokok patawali diguna sebagai ubat demam yang dapat menggantikan kinine. Manakala masyarakat di Filipina pula menganggap patawali sebagai ubat serba guna sehinggakan dapat diguna pakai untuk merawat penyakit mental atau gila.
Batangnya yang pahit itu mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini biasa dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional.
Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkota yang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.
Bagi tujuan perubatan, batangnya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.
Tumbuhan ini mujarab bagi mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, dan mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria.
Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam). Air rebusan ini juga dapat mengubat sakit pinggang dan sengal-sengal (boleh dicampur dalam minyak urut). Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.
Kajian saintifik menunjukkan hasil ekstrak rebusan tumbuhan herba akan mengandungi pelbagai bahan termasuk bahan aktif yang akan menghasilkan pelbagai kesan perubatan.
Namun dari kajian yang dijalankan juga dipercayai terdapat bahan yang merbahaya atau toksik. Pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.
Oleh itu dalam apa jua keadaan, pengambilan ekstrak dari sebarang tumbuhan, perlulah mendapatkan pandangan dari pakar perubatan atau pharmasuetikal terlebih dahulu terutama cara pengambilan, kaedah, had dan tempoh pengambilannya agar ianya benar-benar menjadi penyembuh dan bukan pembunuh.
Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
POKOK PATAWALI HASILKAN MILAGRO COFFEE PATAWALI
MILAGRO COFFEE PATAWALI
Milagro Coffee Patawali kami di ekstrak dari batang pokok Patawali. Yang telah diasingkan dari getah yang bercun dan toksin pokok patawali itu sendiri. Ramai yang mengatakan air rebusan PATAWALI ini sangat pahit dan tak lalu untuk di minum begitu sahaja.
Maka, dengan ini kami MILAGRO COFFEE PATAWALI telah mengeluarkan minuman berasaskan patawali untuk semua lapisan masyarakat boleh minum tanpa rasa pahit.
Rasa kopi patawali kami sangat sedap, lemak dan tidak pahit.
TESTIMONI PEMINUM MILAGRO COFFEE PATAWALI
Syukur, ramai rakyat Malaysia dah tahu tentang kepentingan dan khasiat PATAWALI. Ramai yang mencuba MILAGRO COFFEE PATAWALI kami.
Antara TESTIMONI kami ialah :-
CARA MINUM MILAGRO COFFEE PATAWALI
Macam mana nak minum MILAGRO COFFEE PATAWALI ini? Senang je nak minum MILAGRO COFFEE PATAWALI ini. Hanya dengan :-
- Ambil 2x sehari.
- 1 kali minum, 1 sachet.
- Bancuh bersama-sama air panas atau suam
LOKASI MILAGRO COFFEE PATAWALI
Kedai kami beroperasi di Shah Alam, SPACE U8, Bukit Jelutong. Tingkat 1, No.19 (atas kedai cermin mata UTAMA)
Keterangan lanjut mengenai MILAGRO COFFEE PATAWALI. Boleh hubungi :
Telefon : 012-3702676 / 019-2702676
WhatsApps : http://wasap.my/60123702676 / http://wasap.my/60192702676
Post A Comment
No comments :